Aniza N Ihab

My Photo
Name:
Location: 41 Frobisher, London, United Kingdom

27 February 2006

~Call Me Areck~

Sekali lagi, benarkan penulis berdekeh dekeh sekuat hati:
HAHAHAHAHAHAHAHA!!!...

Penulis amat terpesona dengan ngomelan para pengunjung!!
Thanx a lot!! U guys really made my day!!

Bkan semata2 kerana perbincangan sama ada Qird itu comel atau enggak, malahan ada diskusi panjang melibatkan persoalan NAMA utk si Teddy; dan yang paling penulis tak paham adalah isu CAWAN --> ???
Mengapa CAWAN??!!!! APA SALAH CAWAN??!!!
CAWAN TIDAK COMEL OK!!!

Maka lagi, penulis nak berdekeh:
MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA --> Evilkah gaya penulis terbahak??
... ... ...
... ...
...

Setelah berfikir panjang, memandangkan ramai tak suka nama Qird kerana disamakan dengan Fird (Puhlizzzzz OK FIRD ITU MANUSIA!!! Statement mu Ini SANGAT LAWAK --> AkU SaNgAt TaKlEh TeRiMa Ok HaTa HaHaHaHaHaHaHaHa)...
Bersesuaian dengan keLAHIRan Qird di bumi UK yg sangat Inggeris, maka penulis memilih nama ARECK buat melabel si teddy comel ini...

I present to you, Areck: the Cutest Teddy Monkey Ever!


Areck boleh bertenggek dan pada masa sama masih memelihara gaya comel!!
Mampukah Anna atau Lelly atau Lambert berbuat sedemikian??
Mari MENJAWAB!!! Hahahahaha

26 February 2006

~Si Qird Teddy yg Helwah~

Sebelum apa apa, benarkan penulis berdekeh...
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA...

Gelak penulis mengenangkan demand berterusan oleh para pengunjung mahu melihat si Qird teddy kesygan penulis atas statement ala ala 'mencabar' yg dibuat oleh penulis di blog Yasmin
HAHAHAHAHA --> sambung gelak skit ;)

Maka dengan ini, diterampilkan Qird buat tatapan pengunjung...
YAQINIlah hakikat bahawasanya QIRD lagi comel dari itu BAQR!!
Hahahahahahaa --> excessive sangat ke penulis berdekeh?? :P



Qird angkat limb dia tanda ucapan "Hi & Selamat Berkenalan" kepada para pengunjung
Sambil2 itu, jari dinyonyot bukti kecomelan abadi ;)


Qird berposing bersama BgWallpaper A-N-I yg tersayang
Qird cuba bersopan dengan tidak menyonyot jari --> lagi tanda kecomelan


Qird mengusap sayang gambar Noraniza --> alahai comelnya!!
Qird menyonyot jari memandang screen --> alahai Double Comel!!

24 February 2006

~Mari Berkenalan~

Hari tu Khalique ada memohon ice-breaking ahli2 kontijen London ke Sheffield's Next competition yg lepas




Maka dengan itu, sila click gambar di atas utk bersuai kenal ngan mereka2 yg terlibat hehe

Adakah anda berkenan dengan mana2 individu perseorangan??
Sila nyatakan yg mana satu
Nanti akan penulis sampaikan salam pada mereka, ok NAD & YASMIN??!

Hahahaha (penulis tatau kenapa rasa WAJIB SEBUT itu nama NAD & YASMIN kuikuikui)

22 February 2006

Lirik Racau Sang Khalifah

Komposer: Karim/ Noraniza Idris
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya
Vokal: Noraniza Idris/ Liza Hanim

Lama meronta bagai pancakara
Terbeban melara di sangkar penjara
Bebaskan jiwa racau dalam dada
Hentikan niskala gangguan durjana

Bermusim lama bayang hitam mengejarmu
Akal merapuh, hati lusuh, jiwa derita
Seluas alam telah dipelitakan
Mengusir sangsi jalanan gelap gelita

Mengapa dayus menyerah
Sayapku luka berdarah
Mengapa layu menyembah
Terputus tali wasilah

Bergandingan tangan seiring melintas maya
Kita ranumkanManisan iman
Setelah lara
Diduga gelora

Kuhampar bintang-bintang
Kilau emas gemilang
Kuukir jadi gerbang
Perisai medan juang
Cahaya yang menyuluh larik dari sanubari

Andai aku khalifah
Mendamai bumi fana
Subur ilmu melimpah
Bersujud penuh redha
Amanah yang mulia umpama pohon merendang
Amanah yang mulia melambai taman kencana

Larilah dari arah
Yang merubah jati wira sukma
Bujur lalu, lintang patah
Redah mengejar cahaya
Kilauan di ruang fikir
Yang memanggil-manggil
Usir kelam di jiwa yang fakir
Moga nanti kan terpatri
Tugu minda bak mentari
Terangnya tampak geliga
Sinarnya tampak permata
Bangkitlah!!!

Melayang di sana melayang
Burung terbang pipiskan lada
Terbayang di mata terbayang
Tuan datang berlapang dada

Melati harumnya melati
Seri tari puteri menari
Menanti lamanya menanti
Suci hati paksi pekerti

Berserak kenanga berserak
Petang redup lamar pelangi
Semarak cahaya semarak
Suluh hidup menabur budi

Bertingkah riuhnya bertingkah
Dalam lagu seulas rindu
Pujangga persada pujangga
Hulur sakti murni hasratmu


::SINOPSIS LAGU::
Hidup ini sebenarnya penuh dengan racauan yang membelenggu. Gangguanperasaan, dosa silam, rasa gelisah, sedih, kecewa semuanya adalah racauanyang menyakitkan hati dan minda.Kita kerapkali juga sering berperangdengan perasaan sendiri. Namun, sebagai khalifah di muka bumi Tuhan ini,kita perlu kembali kepada sifat-sifat sejati khalifah yang sentiasapositif dalam kehidupan. Iman, suci hati, lapang dada, saling bergandinganadalah perisai yang mampu membebaskan kita dari racauan-racauan itu.Pasti, hidup akan bahagia dalam meniti cabaran yang berliku.

Ihsan Presiden mANIra: Ahmad Fedtri Yahya
Dipetik dari: Forum mANIra - Kelab Peminat Noraniza Idris mANIra



Inilah dia Beego yg diterampilkan dalam lagu Racau Sang Khalifah sebagai Penglipur itu

20 February 2006

~Thanx YASMIN~


!!Sila abaikan hakikat kePOYOan senyuman penulis dalam ini gambar!!



Yasmin telah dengan baik hatinya mengongsi satu site yg mem'feature'kan persembahan kontijen London di pertandingan Nasyid EXTravaganza di Sheffield tempoh hari

Sape2 nak layan, SILAKAN!!

NEXT Performance by London

Hahaha...
Seronotnya layan!!
Penulis pon tangkap syok :P

~ TERIMA KASIH YASMIN ~

19 February 2006

~ We R Da Champion ~



Ada seteng2 pengunjung lupa kot yg penulis gi Sheffield Sabtu lalu utk pertandingan Nasyid Extravaganza (NEXT) bawah anjuran Sheffield Malaysian Society
Itu pasai laa penulis tak update/blog-hop: Sila SEDAR!! Hahaha

Having said that, penulis tetap mahu mengucapkan ribuan terima kasih atas doa2 para pengunjung!! Berkat doa2 kalian, penulis dan kumpulan telah berjaya meraih kejuaraan yg manis dalam pertandingan tersebut. Thank you all for your prayers & support!!

p/s: Vokal kami sebenarnya kureng padu, tapi kami punyai gimik persembahan dan pemalu kompang yg mantap -> itu pasal laa kami menang kot hehe

Ala kulli hal:
HAMD LILLAH RABBAL ALAMIN!!
ALLAHU AKBAR!!

~ RSK feat Beego & Ihab ~


Gambar dengan vocalists utama RSK - Beego takde masa ni!



Khas buat para pengunjung blog yg setia mengikuti perkembangan!!
Mekasih atas sokongan anda yg tak pernah kunjung padam ;)

Penulis dah try sehabis baik utk edit lagu asal Racau Sang Khalifah (RSK) supaya dapat memuatkan part dlm lagu tu yg mem'feature'kan suara penulis di samping mengelakkan daripada breaching copyright. Harap2 usaha terkini penulis dapat dihargai para pengunjung dan harap2 DEMO RSK yg terbaru ini dapat memberi gambaran baik tentang gaya 'tangkap muat' suara penulis dalam lagu ni hehe

Ingin sekali lagi ditekankan, lagu yg berkumandang ni bkan lagu penuh & memang tak mampu nak beri gambaran terbaik tentang wajah sebenar RSK
So, dapatkan le yg ORIGINAL utk menikmati lagu lengkap!!
(Sabo... Bln 3 baru album kuar... Jom kita tunggu sesame heheh)

Duration DEMO: 3min 1sec
Duration RSK: 4min 1sec

16 February 2006

Racau Sang Khalifah

Khas buat pengunjung2 setia A-N-I: Noraniza Idris Fan's Blog

Racau Sang Khalifah
merupakan single terbaru Noraniza Idris yang menampilkan Liza Hanim sebagai penyanyi duo dan Beego X-Phyne Ballerz sebagai Penglipur Lara (ie dalam konteks bahasa modern-nya: Rapper). Lirik puitis merupakan hasil nukilan Ahmad Fedtri Yahya.

Lagu ini pertama kali dikeudarakan oleh stesen2 radio Malaysia beberapa hari sebelum Anugerah Juara Lagu ke-20 berlangsung. Biarpun usianya baru setahun jagung di telinga para peminat, namun reputasi lagu ini begitu terserlah setelah berminggu2 menduduki carta teratas Lagu2 Baru Di ERA, stesen Radio No.1 di Malaysia







Lagu ini juga telah memahat 1001 kenangan manis buat penulis

Di sini, penulis memperdengarkan demo 2 minit lagu Racau Sang Khalifah buat para pengunjung. Demo 2 minit ini tidak berupaya menunjukkan wajah sebenar Racau Sang Khalifah, namun diharapkan ia dapat memberi gambaran keistimewaan lagu tersebut buat mereka yang baru pertama kali mendengar!

Lagu lengkap adalah sepanjang 4:01 minit.

11 February 2006

~ Kritikan Peminat ~

Penulis dapat satu message kritikan sahabat terhadap persembahan Noraniza pada AJL-20 yg lalu:-

Faizal:
"lagu sgt coi...
dan persembahan yg sgt coi..
the best description of kak ani's performance maser juara lagu...
seriously...sempot,suara tk klua bile die sempot...
penari2 org asli yg tk mencapai performance bertaraf dunia - hahahah...
jgn mara yek...mayb die dlm keadaan sedey kan "

Message ini diberikan melalui Friendster


Ini adalah pendapat peribadi si sahabat dan penulis menghormati kritikan beliau
Namun suka penulis menyusulkan petikan daripada UtusanOnline; Sudut Hiburan; 12 Februari 2006 :-
___________________________________

Oleh Huzz:
Ramai yang bising kerana show AJL ke-20

Anugerah Juara Lagu ke-20 oleh stesen TV3 sudah menutup tirainya.

Tahniah kepada pemenang. Yang kalah anggaplah sudah tidak ada rezeki.

Keseluruhan show artis yang bertanding dipuji ramai tetapi bila bercakap mengenai show time menjelang keputusan, ada boring!

Ada mengatakan, “Saya rasa inilah show time dalam Anugerah Juara Lagu sepanjang dipentaskan 20 tahun lalu tidak meriah. Yang hairannya penyanyi yang dibawa ke pentas bukannya tak popular, tapi mereka disuruh menyanyi sekejap saja.

Peliknya kenapa kami penonton di rumah disajikan dengan warna gambar hitam putih apabila Julie Sudiro dan Jeffrydin muncul menyanyi? Kenapa penghormatan terhadap mereka tidak diberikan dengan membenarkan mereka menyanyi penuh sebuah lagu?

“Kenapa Amy mesti berduet? Kenapa M. Nasir nyanyi pun sekejap? Kena pula Datuk D.J Dave, Misha Omar, Amy Search, Flop Poppy, KRU dan ramai artis popular dibenarkan sekejap saja di atas pentas?”
Dalam pada itu ada berkata, “Kami sangkakan, show time AJL akan meriah dengan membawa semua bekas juara menyanyi atas pentas, sayangnya... lain pula dipersembahkan.

Lagi satu, banyak sangat irama hip hop dan rap. Apa ni? Evolusi apa ni. Kalau di KL atau urban area lagu macam ni lakulah, tapi di luar KL? Lagu pop dan lagu rock saja bertahan, helo lagu asli kita kenapa tak diketengahkan?

Apa pun, di sini Huzz nak mengucapkan tahniah kepada semua tenaga kerja di belakang AJL yang berusaha sedaya upaya untuk buat yang terbaik. Maafkanlah kalau pandangan ini dianggap tidak sesuai. Tetapi kepada tenaga penerbit dan seluruh karyawan di belakang AJL, mungkin diharapkan menerima pendapat dengan hati terbuka untuk membuat yang terbaik pada masa akan datang.
______________________________________________


Petikan Utusan ini rasanya cukup untuk menjawab kritikan si sahabat tadi
Sememangnya Irama Asli/Tradisional Tanah Air kita belum termartabat di mata dunia, dan persembahan Noraniza pada malam AJL-20 memang boleh dikatakan "tk mencapai performance bertaraf dunia"

Namun setinggi-tinggi kepujian tidak dapat tidak harus diberikan kepada Noraniza yang sanggup mempertaruhkan sebuah lagu turunan Bangsa Semai yang penulis yakin tidak pernah diambil peduli oleh mana2 kaum majoriti di Malaysia

Sekurang2nya kini kita kenal bagaimana bunyi sebutan Bahasa Semai, alun melodi muzik Semai dan gaya rupa adat Semai secara kasar

Kesekian kalinya, "TERIMA KASIH NORANIZA IDRIS!!" - quoting Amy Mastura & Cheryl Samad selesai persembahan Noraniza malam tu...

Kak Ani rocks and cool!!!

10 February 2006

~ Ayuh! mANIra ~



Eee...Eee...

Di Mana Cahaya Teman Bermudik Ke Tanjung Sukma
Juragan Mendamba Kerlipan Karpika Langit Kencana

Biar Duka Berlalu
Bina Impian Yang Baru
Jangan Bermurung Sayu
Jangan Semangatmu Layu
Berhabisan Usaha
Berserah Hanya Pada-Nya

Berakit Rakit Gelombang Muara
Bersakit Sakit Kebah Dek Usaha

Berdiri Di Sisi Kami Menyandang - Semangatmu Dari Belakang
Gerimis Mendatang Kita Usir Bersama
Usah Dikau Ragui
Pautan Padu Kami
Sama Bergandingan - mANIra!!

Jangan Bimbang Sayang (Rakit Tenggelam)
Ayuh Tangkas Bergalah Rentas Ombak
Penawar Cuma Ranting Sabar (Renang Ku Renang)
Ayuh Tuju Pinggiran Pulau Cita
Semangat Bagai Lahar Bara (Jerih Ke Gunung)
Aduh Lelah Ke Lembah
Datang Bayu Mengasap Jiwa Jadi Tabah (Rindu Menanti)
Aduh Kasih
Rimba Tunggu Menunggu Alunan Nan Abadi

(Eeeee...Eee...)
Marilah!
mANIra!!
Mari mANIra Berganding Bersama!!

(Versi Semai)

09 February 2006

Komen Peminat: Bro Nasa


Bro Nasa merupakan salah seorang ahli aktif forum mANIra (Kelab Peminat Noraniza Idris)
Beliau mempunyai suatu aura kecintaan terhadap lagu2 tradisional semenjak sebelum Noraniza melahirkan album Ala Dondang lagi
Berikut adalah komen beliau bersabit Anugerah Juara Lagu:

"Salam...
Persembahan kak ani mulanya ok dgn penari orang asli dan alat muzik degeridoo masalahnya tempo lagu agak laju dan pergerakan kak ani yang terlalu banyak menyebab kan kak ani semput dan suaranya sedikit pecah...
Rasanya vokal masa showcase yang lalu lebih baik...
Mungkin kak ani tertekan untuk buat sesuatu yang baik...

Abg ade beberapa kali sms kak ani sebelum persembahan untuk bagi semangat...
Abg vote bertalu talu ... sampai naik kematu jari ni...
Seperti yang di jangka mawi akan menang walaupun persembahannya ala ala persembahan biasa aja...

Lepas ni kak ani kena tambahkan lagi stamina agar tak semput...
Kalaulah tak semput cam semalam tu boleh menang...

Barisan juri juga cukup mengejutkan siti nurhaliza, anita sarawak, ajai, fahrin (raihan)...
Abg frust gak tak dapat gi tgk live sebab fedt cakap takde tiket...
Walau tak pergi abg doc dan azree bagi sokongan dari sms dan undian laman web munkin tak de rezeki kali ni..."


Begitulah seadanya komen abg Nasa...
p/s: Nad.. Fan Base Noraniza Idris pon wujud ok! Cuma tak sepower Mim Alif Wow Ya je hehehe ;)

07 February 2006

Review AJL 20

Buat masa ni, penulis sedikit sibuk so takleh nak kasi review personal tentang AJL (anyway, tak plan pon nak kasi review hehe)

Maka dengan ini penulis mengajak semua hadirin berkunjung ke blog di bawah bagi sama2 memeriahkan ruangan review AJL 20!!

Ayuh! Juragan dan Perawan Sekalian!!
Ayuh! Mengomel di sana hehehe




Click on picture to open the blog

04 February 2006

~ Mengapa Ayuh Juragan??!! ~

Zehra Zambri ~ Semalakama
Kisah aroma CINTA
Irama ala ARAB

Asmawi ~ Aduh Saliha
Pujaan CINTA pada Saliha
Irama ala ARAB

Rohana Jalil ~ Taat
Pujian CINTA abadi
Irama ARAB mutlak

Noraniza Idris ~ Ayuh! Juragan
Pesona JATI DIRI SEMANGAT JIWA
Irama SEMAI atau ORANG ASLI


Kesimpulan mudah:
Hanya AYUH JURAGAN yang tampak LAIN DARI LAIN
Maka, seharusnya diberi kepujian dan dinobat menjadi Juara!!

AYUH! JURAGAN!!!

AJL 20 5 Feb 2006!! ~ Persiapan Noraniza



Hari yang dinanti2 bakal tiba!
Esok Anugerah Juara Lagu ke 20 bakal berlansung!
Saksikan persembahan dan doakan kejayaan Noraniza Idris!!



Persiapan Noraniza Idris (daripada Utusan.com.my)
Noraniza Idris
- Kategori: Irama Malaysia & etnik kreatif
- Lagu: Ayuh Juragan
- Komposer: Noraniza Idris
- Lirik: Ahmad Fedtri Yahya

"Lagu ini mengenai Orang Asli, jadi saya akan membawa persembahan konsep Orang Asli. Saya akan membawa 14 orang penari dan 12 orang pemuzik. Mereka akan bermain buluh mengiringi persembahan saya. "
"Pakaian saya juga berkonsepkan Orang Asli. Persembahan saya diadaptasi daripada pergerakan dalam hutan."

"Satu lagi persiapan saya sebelum persembahan ialah saya kena makan nasi. Saya kena pastikan saya bertenaga dan ada pernafasan yang baik sebab saya ini menyanyi sambil menari. Jadi stamina amat diperlukan. Selain tidur yang cukup, saya juga kena minum air suam sebanyak mungkin termasuk pada hari pertandingan," kata Noraniza Idris.

~ Sekalung Penghargaan ~

Tanggal 2 Februari, penulis menyampaikan salam para pengunjung kepada ayah bonda penulis di Malaysia

Masing2 menghargai segala usaha pengunjung untuk menghadiahkan biarpon selafaz Al-Fatihah buat roh nenda penulis

Salam Penghargaan daripada kedua ayahanda bonda di Malaysia dengan lafaz Salam Alaikom


Hj Ismail Hj Mahmoud & Nasriah Hj Ibrahim

01 February 2006

~ Al Fatihah ~

Dalam kegembiraan kita menyambut kedatangan Tahun Baru Hijri ke 1427, sesetengah daripada kita menempuh seribu satu kesedihan, dan buat mereka kita panjatkan doa, mudah2an dipermudahkan perjalanan hidup mereka di dunia mahupun di akhirat

Tanggal 1 Februari 2006, pada pukul 9 pagi, nenda penulis, Hj Mahmoud Bin Hj Ahmad Yusuf Al-Kenali, telah dijemput pulang ke rahmatullah di Makkah Al Mukarramah

Sungguhpun diselubungi kesedihan serta kedukaan kerana berpisah jasad, jauh di sudut hati, kami bersyukur kerana hayat beliau berakhir di tempat yang paling mulia di muka bumi ini


~Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun~
~Ensya Allah, Allah Yarhamhu Wa Bi Barakatillah Sa-Yastareeh Fil Jannah~


Penulis menyeru pengunjung2 agar menyampaikan salam serta bacaan Fatihah atau Yasin sebagai hadiah, mudah2an roh beliau diberkati dan digolongkan bersama mereka2 yang dijanjikan Jannah - Amin





Dengan ini, penulis berhajat untuk berkabung seraya membekukan laman ini sekurang2nya selama 3 hari