My Photo
Name:
Location: 41 Frobisher, London, United Kingdom

22 February 2006

Lirik Racau Sang Khalifah

Komposer: Karim/ Noraniza Idris
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya
Vokal: Noraniza Idris/ Liza Hanim

Lama meronta bagai pancakara
Terbeban melara di sangkar penjara
Bebaskan jiwa racau dalam dada
Hentikan niskala gangguan durjana

Bermusim lama bayang hitam mengejarmu
Akal merapuh, hati lusuh, jiwa derita
Seluas alam telah dipelitakan
Mengusir sangsi jalanan gelap gelita

Mengapa dayus menyerah
Sayapku luka berdarah
Mengapa layu menyembah
Terputus tali wasilah

Bergandingan tangan seiring melintas maya
Kita ranumkanManisan iman
Setelah lara
Diduga gelora

Kuhampar bintang-bintang
Kilau emas gemilang
Kuukir jadi gerbang
Perisai medan juang
Cahaya yang menyuluh larik dari sanubari

Andai aku khalifah
Mendamai bumi fana
Subur ilmu melimpah
Bersujud penuh redha
Amanah yang mulia umpama pohon merendang
Amanah yang mulia melambai taman kencana

Larilah dari arah
Yang merubah jati wira sukma
Bujur lalu, lintang patah
Redah mengejar cahaya
Kilauan di ruang fikir
Yang memanggil-manggil
Usir kelam di jiwa yang fakir
Moga nanti kan terpatri
Tugu minda bak mentari
Terangnya tampak geliga
Sinarnya tampak permata
Bangkitlah!!!

Melayang di sana melayang
Burung terbang pipiskan lada
Terbayang di mata terbayang
Tuan datang berlapang dada

Melati harumnya melati
Seri tari puteri menari
Menanti lamanya menanti
Suci hati paksi pekerti

Berserak kenanga berserak
Petang redup lamar pelangi
Semarak cahaya semarak
Suluh hidup menabur budi

Bertingkah riuhnya bertingkah
Dalam lagu seulas rindu
Pujangga persada pujangga
Hulur sakti murni hasratmu


::SINOPSIS LAGU::
Hidup ini sebenarnya penuh dengan racauan yang membelenggu. Gangguanperasaan, dosa silam, rasa gelisah, sedih, kecewa semuanya adalah racauanyang menyakitkan hati dan minda.Kita kerapkali juga sering berperangdengan perasaan sendiri. Namun, sebagai khalifah di muka bumi Tuhan ini,kita perlu kembali kepada sifat-sifat sejati khalifah yang sentiasapositif dalam kehidupan. Iman, suci hati, lapang dada, saling bergandinganadalah perisai yang mampu membebaskan kita dari racauan-racauan itu.Pasti, hidup akan bahagia dalam meniti cabaran yang berliku.

Ihsan Presiden mANIra: Ahmad Fedtri Yahya
Dipetik dari: Forum mANIra - Kelab Peminat Noraniza Idris mANIra



Inilah dia Beego yg diterampilkan dalam lagu Racau Sang Khalifah sebagai Penglipur itu

27 Comments:

Blogger Mohammad Ihab Ismail said...

Salam all!!

Ni lirik penuh Racau Sang Khalifah...

Bleh tak aku nak tahu korg nyer pendapat tentang lagu ni secara keseluruhan...
Termasuk bab lirik etc...

Sila komen/kritik ;)

7:14 pm  
Blogger puteri nad said...

Ihab,
takmo komen on da whole song..selagi aku x dengar..

8:57 pm  
Blogger Mohammad Ihab Ismail said...

Salam...

Eh NAD!!
Aku dah bubuh lagu penuh ok kat BLOG ini...
Bkan lagi versi cut cut --> walaupon aku tambah2 bunyi ala ala 'Exclusive Di ERA' supaya tak breach copyright control muehehe...

Anda dah boleh dengar lagu penuh + menilai + kritik atau puji lagu ini...

So sila imbuhkan pendapat anda ;)
Mekasih!!

9:38 pm  
Anonymous Anonymous said...

sedap lah.

1:20 am  
Anonymous Anonymous said...

sedap lah.

1:21 am  
Anonymous Anonymous said...

wow!!! lagu nih best ok ihab!! jauh lagi best dari lagu pelik Ayuh Juragan tuh boley??

dan aku paling suka part ko tarik boley??

part rap best gak!

part sahut2 antara kak ani n kak liza pun best gak..

so, hampir sumer la best.. muahaha..

1:25 am  
Anonymous Anonymous said...

namun.. setelah mendengar lagu nih, aku teragak2...adakah aku org melayu??? tak faham ok maksud lagu boley?

hehehe..

1:29 am  
Blogger baez-kun said...

1st of all, aku telah dengar keseluruhan lagu ni. Sgt best ok! aku memang terimpress, antara lagu etnik kreatif yang memang kreatif jadi sila sedar!

lirik, sangat best, menarik, beritma dan penuh dengan prosa klasik, menambahkan lagi mood pada lagu ni boley? ada sajor patah2 yang aku tak paham tapi tengok secara keseluruhan paham jer! bravo
kepada penulis lirik tapi tak paham kenapa "larik" bukan lari ok! lepas ni nak menggunakan niskala dalam percakapan cam terkesima boley?

penyanyi, kak ani mampu membawa lagu ni, tetapi dengan adanya liza hanim menyerlahkan lagi seri lagu ni ok, sila sedar gabungan dua suara ni boleh dikatakan serasi ok

dari segi melodi, beraneka dan bervariasi tetapi tidak bercampur aduk ok sila sedar! melodinya semakin galak didengar semakin menarik bunyinya, dan mungkin aku sorang rasa, tapi kalo dengar lagu ni, semangat aku tetibe membara boley?

melodi paling suka tang part terberenti2 tu pada :
Kuhampar bintang-bintang(saktah (hukum tajwid boley?))
Kilau emas gemilang
Kuukir jadi gerbang(saktah)
Perisai medan juang
ni juga lirik yang paling best ok! rangkap di atas, bagi aku lah

lirik dan melodi pabila digabungkan terhasillah satu masterpiece yang unggul di sini, sangat padan antara lirik dan lagu ok

lupe lak, suara rap tu sangat macho ok! sila sedar dan tegas serta punyai pendirian! bravO!

paling best dah tentu suara sahut menyahut di belakang tu ok! sangat best ok, meremang bulu roma dengar kemerduan lenggok suaranya bak umm kalthom boley?

kalo masuk AJL, aku akan hairan jikalau lagu ni tak menang ok

ini adalah komenan ikhlas aku boley?

p/s: kalo ct nyanyi mungkin lagi best? sila zipzasss hahaha

9:43 am  
Blogger puteri nad said...

Oh panjang lebarnya komenan pengkritik muzik di atas..hehehe..

tp ihab,aku dah rip dah lagu ni..malahan dengar berkali2..

jadi seperti abang toriq..aku juga kurang jelas apa yg disebut andai aku takde text lirik yg aku copy n paste dari blog ko..

lepast tu..aku rasa lagu quite nice la dan catchy..pasti mak aku suka lah kan..

still aku terasa lagu ni cam penoh..cam banyak sangat bunyian muziknya yg bercampor adok..malahan mengganggu mood aku nak ber rap di certain2 tempat haha..

tp easily put,lagu ni nnt gi AJL lagilah nampaknyer :-)

1:44 pm  
Anonymous Anonymous said...

bilalah aku nak lancar nyanyi bende nih..
asyik terkeluar melodi saje..
kadang2 tercepat plak sebut

apapun.. lagu nih aku rasa sgt best.. plg kagum dgn lirik dia yg gayanyer sastera skali~

btw, sapakah Beego nih? special ker?

7:02 pm  
Blogger puteri nad said...

Beego tu actor cum penyanyi..dia ex phyne ballerz.. ecewah tau jer diriku pasal artis2 nieh..

tp dia berlakon best..sangat suka tengok dia berlakon dalam ggpr(gila2 pengantin remaja) sangat kelako..dan schweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttt...

klu kakmin tengok terus tak suka pierre andre bley?

11:16 am  
Anonymous Anonymous said...

wah... nad kenal si beego?? hahahaha... tak sangka...

2:45 pm  
Blogger puteri nad said...

hehe kenal jer..sbb tengok citer ggpr terus meresearch boley..

hehe..

4:28 pm  
Blogger Mohammad Ihab Ismail said...

Salam sumer!!

YA KASIHHH!!!
Aku sangat2 terharu ngan komen2 korg yg sumernye rata2 mencuba yg terbaik utk menganalisa lagu ini...

TERIMA KASIH DAUN KELADI!!
Komen2 korg ni akan ku tiru-tampal utk dibubuh kat forum kami, mANIra!!
;)

Jasa baik anda sangat daku hargai!!!
THANK YOU SO MUCH to ALL!!!


Fauzan:
Walaupon komenmu pendek bangat, tetap ku hargai ;)


Thariq:
Tang mana lirik yg ko tak paham??
Bagitau, nanti aku feedback ;)


Hata:
Hahahaha... Komen ko memang amat memberansangkan...
Yg paling aku tak tahan tu penggunaan kalimah 'SAKTAH' tu...
Sila laa?? Perlukah memperTAJWIDkan sebuah lagu??
Hahahaha...

Mekasih atas komen panjang lebar ko!
Sepastinya menarik dibaca pihak2 mANIra ;)
Cumanya, perlu ke nak masukkan unsur2 CT lagi??
Sah sah CT ngan Kak Ani tu dah tak sekepala :P


Nad:
Mekasih pada ko, dan juga KESIAN pada ko hahaha...
Kesian sbb kena RIP lagu yg diselitkan bunyi2 DJ yg tak sepatutnya hahaha...
Tapi takleh buat apa laa Nad... Takmoh dituduh jadi kepala Lanun :P

Anyway... Point ko ttg muzik2 yg penuh itu bakal membawa satu diskusi menarik utk mANIra ;)
Makacih!!


YASMIN:
Yaa!! Cuba lagi YASMIN!!
Cuba lagi!!
Aku yakin bait2 lirik lagu ni takkan sesusah nama2 drugs yg ko sebut tetiap hari ok!!
Hahaha...


Lastly utk NAD, YASMIN dan THARIQ:
Seriously aku pon tak pernah kenal sapekah itu BEEGO sampai laa aku terlibat ngan pembikinan ini lagu...
Maka korg bincang laa pasal BEEGO ke apa ke...
Tapi NAD, sila kawal rasa ketaksubanmu pada keCOMELan BEEGO seperti yg ko terampilkan dalam komen ko ituuuu ok!!
Hahahahahaha...

4:51 pm  
Blogger baez-kun said...

beego comel kah? garang sajor rupenye ok sila sedar hehe

btw suara dia sangat macho ok sila sedar!

dan saktah tu perlu ok toriq, sila nyatakan kalimah lain yang lebih baik utk menggantinya. takde kan, jadi guna sajor saktah haha

1:31 am  
Blogger puteri nad said...

Beego sangat comel abang faiz..malahan tergelak giler melihat kekelakaran yg diciptanya (hasil usaha penulis skrip) dalam ggpr..sila sedar..

Ahahah
Ihab..aku juga nak ekspressif seperti ko..malahan aku x dapat nak asik2 bercapslock kerana itu aku rasa seolah terjerit2 tanpa noktah(bukan saktah).Malahan aku hanya akan menulis sesebuah perkataan dengan panjang menunjukkan kesungguhan aku terhadap perkara2 berbangkit

Wah nnt sila bitau aku,apa manirates nyer komenan terhadap point muzik2 penoh tu ok..timer kasey daun keladi

2:34 pm  
Blogger Mohammad Ihab Ismail said...

Salam...

Hata:
Wahahahaha...
Orang pertama aku dengar komen kata SUARA BEEGO itu MACHO dalam ini lagu hihihiii...
Kritis komenan si Hata ni ;)


Nad:
Mari laa join mANIra di sawomatang.cjb.net utk mengetahui keputusannya!!
Hahahahah...
Promo promo :P

Juga terima kasih atas KESUNGGUHAN anda itu ok...
Cuma aku tetap yakin penggunaan CAPS adalah lebih MENARIK dan lebih EXPRESSIVE ok! muahahahah

3:18 am  
Blogger puteri nad said...

Oh x leh join,pasal aku bukannye fan kak ani..aku fan ko sajer..jadi kalo ko bukak forum..aku join ler bley???

hahaha aku hanya mampu menggeleng2kan kepala 30 kali lantas pening dengan sikap ko yg amat keras ini malah dah boleh dilentur dah ko ihab...ahhaha

9:21 am  
Blogger baez-kun said...

terus menyokong nad, nad marilah kita menubuhkan Ihab FC nak? pastu kita buat bukak satu forum utk berbincang sesama ahli, bagaimana nak lebih mempopularkan ihab boley? bangga ada rakan maya artis boley? nad pon sila bangga

1:43 pm  
Blogger puteri nad said...

mari abang faiz..teruslantik abang faiz sebagai perintis Ihab FC ataupon GUBU diberi nafas baru.. GUBIF (IF adalah ihab fc,sila sedar)

sangat berbangga ok ada rakan artis..memang berbangga..

2:36 pm  
Blogger baez-kun said...

boley sajor

11:33 pm  
Blogger puteri nad said...

jadi marilah

11:20 pm  
Blogger Mohammad Ihab Ismail said...

Salam...

Hentikanlah dongengan fantasi kalian tentang GUBIF yg tidak akan ke mana ini...
Muehehehehe...

8:51 pm  
Blogger puteri nad said...

ahaha x patot berkata demikian dgn angkuh pada peminat2 sekalian..

baru merasa keglameran seketika ko dah riak ek ihab..

tak bagus camni..tak bagus..

:D

10:22 pm  
Blogger puteri nad said...

ahaha x patot berkata demikian dgn angkuh pada peminat2 sekalian..

baru merasa keglameran seketika ko dah riak ek ihab..

tak bagus camni..tak bagus..

:D

10:23 pm  
Blogger Mohammad Ihab Ismail said...

Salam...

HAHAHAHA...
Aku tidak angkuh ok NAD!!
Cuma aku sedar realiti dunia ini yg mana aku hanyalah seorang PELAJAR MEDIC di LONDON...
Jauh ok dari menjadi seorang artis, apatah lagi ARTIS ROCK!!
hahahahahaha...


Maka aku menyeru kalian bersama2 kembali ke alam realiti dengan ku muekekekeke

12:41 pm  
Blogger puteri nad said...

Angkuh Ihab nadamu kedengaran angkuh pada gegendang telinga ku..malahan salur separuh bulat nearly burst menyebabkan ketidakseimbangan...

Maka aku menyeru rakan2 supaya kekal dialam fantasi,kerana realiti dunia pelaja medic amat menyesakkan..

5:40 pm  

Post a Comment

<< Home