Just 2 days after they've published an update on
Noraniza's news in
Utusan.com, today there's been another update written about
Noraniza Idris, but this time, it's a shocking one!! :: At least for me!! :: I found it really surprising to have read such a determined statement made by
Noraniza Idris for the newspaper ::
YES!!!
Noraniza Idris is
backing off from taking any parts in
Malaysia's local singing competitions, especially (as specifically expressed by herself) the so-thought-to-be 'prestigious'
Anugerah Juara Lagu - a competition which once brought me to fall in love with
Noraniza's musics ::
I've known
Noraniza Idris from the era of
Ala Dondang (1997) :: but I have to admit the fact that I wouldn't have actually fallen in love with her style of musics if it was not because of
AJL 1998 - when she brought home a trophy for
The Best Performance of the night through
Dikir Puteri - a certainly well deserved recognition for her fully-committed effort!! Eversince, I've been consistently keeping myself up-to-date with her career progress :: especially through
AJL competitions ::
However, now that this is happening, it will certainly put me into a constant dilema :: A dilema which is currently haunting my brother :: A dilema of which I wouldn't know if I can cope with it or otherwise :: A dilema of not being able to see
Noraniza Idris performing in
Anugerah Juara Lagu for the coming years!!
YES!!!
I know, these days,
AJL has not been proving itself worthy of being called a prestigious competition :: For the past few years, the results which came out from the juries have been
appalling -
out of context -
out of sense -
OUT OF MIND!! :: People continuously question over its justification and fairness ::
AJL has been doomed - a competition which favours popularities ever more than the qualities ::
I do agree!! But its nostalgic value which has been paved in my heart makes it really hard for me to just forget about the competition all together ::
Noraniza Idris is not the 1st to have come to such a conclusion ::
Dato' CT Nurhaliza has made the same decision even earlier :: Although it has not affected her much, but it certainly had affected many of her fans - one of whom is my own brother :: While fans can still keep themselves up-to-date with
CT's progress, we cannot deny the fact that they have also been continuous complaints over how they missed watching
CT Nurhaliza on stage for the
AJL competition ::
...
... ...
... ... ...
Speechless :: Not much that I can say regarding this matter ::
Noraniza Idris is making her decision according to what she thinks is best for her to move forward :: And I support her on this!! But the fact that she is leaving
AJL for good means that
I WILL DEFINITELY MISS HER IN ACTION; sooooo much that AJL will never be the same again without her presence ::
Yok Kak Ani - fikirkan yang terbaik untuk masa depan Kak Ani ok! Kami di A-N-I dan mANIra sentiasa mengharapkan yang terbaik dan HANYA YANG TERBAIK untuk Kak Ani :: Pertandingan bukan segalanya - kami yakin semangat Kak Ani tidak akan luntur semata-mata kerana mereka tidak mahu mengiktiraf usaha titik peluh Kak Ani :: Biarkan mereka!! :: Yang penting, Kak Ani DIIKTIRAF TINGGI oleh kami yang senantiasa menyayangi dan menghargai usaha gigih Kak Ani!!~mANIra berganding bersama Noraniza~
The following article was taken directly from
Utusan.comNoraniza akui terkilanOleh NIEZAM ABDULLAH
Nama
Noraniza Idris memang
sinonim dengan lagu-lagu pop etnik ataupun irama Malaysia. Beliau boleh dikatakan antara penyanyi yang
menonjol dengan konsep lagu-lagu tersebut.
Semasa muncul dengan album berkonsepkan pop 20 tahun lalu, Ani tercari-cari konsep untuknya sehinggalah sepuluh tahun selepas itu barulah dia
merasakan dirinya adalah penyanyi yang bersesuaian menyanyikan lagu-lagu etnik sedemikian.
Namun
selepas kecundang dalam pertandingan
Juara Lagu ke-20 ketika mempertaruhkan lagu
Ayuh Juragan tahun lalu,
Ani mengakui dia terkilan.
Terkilan
bukan kerana lagunya itu tidak terpilih sebagai juara kategori itu tetapi
merasakan irama yang dibawanya selama ini seperti tidak diiktiraf.
Malah Ani tidak menolak
kebanyakan lagu tradisional yang dihasilkan penyanyi sekarang ini agak
terkebelakang dari segi susunan muzik yang ditampilkan.
Bukan untuk mendabik dada tetapi penyanyi itu mengakui,
irama yang dipersembahkannya selama ini adalah
lebih global.
Berikutan itu
Ani tidak mahu menyertai apa juga pertandingan yang diperkenalkan
di negara ini kerana
beranggapan sesetengah pihak seperti
tidak mahu mengiktiraf muzik etnik yang moden dihasilkannya.
‘‘Saya bukan kecewa tetapi
terkilan melihat hala tuju muzik tradisional kita.
Mereka yang berkenaan seperti
tidak dapat menerima muzik saya sedangkan saya menghasilkan lagu-lagu yang jauh
lebih moden selain
mengetengahkan pembaharuan,’’ katanya.
Beliau turut mengakui
muzik tradisional pada masa ini masih berada di takuk lama dan mereka yang menghasilkannya
seolah-olah takut untuk lebih ke hadapan.
Kesal dengan cara sebegitu, Noraniza
merasakan tidak guna dia menyertai apa-apa pertandingan di negara ini sebaliknya
matlamat beliau sekarang untuk memperkenalkan
irama tradisional yang dihasilkannya ke luar negara.
Dalam erti kata lain, sekiranya ada pertandingan di peringkat antarabangsa, barulah Ani bersedia untuk menyertainya.
‘‘Di dalam Malaysia kalau nak bertanding,
cukuplah,
saya tak mahu lagi. Cukuplah dalam Juara Lagu tahun lalu saya menyertainya.
Selepas ini tak mahu lagi.
Itu janji saya,’’ akuinya.
Bunyi pengakuan Ani itu seperti dia
kecewa tetapi sebagai orang yang memperjuangkan irama tradisional, dia merasakan
perlu menegur mereka yang menilai muzik tradisional itu supaya
mempunyai pemikiran yang lebih terbuka.
Malah dia juga kecewa kerana kebanyakan
stesen radio utama di negara ini seperti
meminggirkan lagu-lagu tradisonal sebaliknya lebih memberi
tumpuan kepada lagu pop dan juga
irama dari negara jiran.
‘‘Kalau stesen radio kita sendiri yang meminggirkan lagu-lagu tradisional, macam mana dengan hala tuju kita untuk membangunkan lagu seperti itu,’’ katanya.
Selama 20 tahun menjadi artis jelas Ani, dia gembira dapat juga menghasilkan sebuah album kompilasi yang memuatkan lagu-lagu yang pernah mempopularkan namanya.
Album berjudul Noraniza Idris Lenggok 20 Tahun itu telah berada di pasaran sejak tiga minggu lalu yang menampilkan dua buah lagu baru iaitu Asyik Bisikan Hubah dan Racau Sang Khalifah (duet bersama Liza Hanim).
‘‘Album ini amat bernilai buat saya kerana ia dihasilkan dengan menampilkan lagu-lagu popular saya sejak jadi artis 20 tahun lalu,’’ katanya.
Selain gembira dengan penghasilan album tersebut, Noraniza juga sedang meniti detik-detik penuh bermakna kerana telah bertemu dengan insan yang bakal memiliki dirinya selepas berpisah dengan Fareez.
Ani tidak menafikan mula menjalinkan hubungan dengan pegawai kanan tentera berstatus duda itu sejak Julai lalu selepas mereka bertemu untuk satu urusan perniagaan.
Malah kedua-dua pihak telah menemui ahli keluarga masing-masing dan ternyata wujudnya satu perasaan di antara mereka.
‘‘Insya-Allah, jika masanya tiba, saya akan umumkan siapakah lelaki itu. Tetapi terus terang saya katakan, saya menyenanginya. Dan kebetulan dia mempunyai pertalian saudara dengan saya,’’ katanya.
Malah Ani berharap dengan penjelasannya itu, semua pihak khususnya peminat mendoakan agar hasratnya untuk membina kehidupan baru itu akan berjalan dengan baik