My Photo
Name:
Location: 41 Frobisher, London, United Kingdom

10 January 2007

Confession

This is a special entry, need to be posted while the news is still fresh in the air!
:: Kudos to Khalique for his awareness and effort to acknowledge me too QUICK a time - just several minutes after I read the news 1st hand hohohoo ::

YES!! Noraniza Idris has recently confessed of her intimate relationship with her newly attached soulmate :: Little do I know of this military personnel she is in love with, but I do think it is indeed time for Noraniza to move forward :: Wipe out all the black memories - leave them behind and open bright a new chapter of life :: I hope this statement will come true - and foremost I'm hoping that the wedding will be arranged when I'm in Malaysia for my elective attachments!!

Kak Ani !!! TUNGGU DAKUUUUUU huhuhuhuu...





Noraniza Idris kahwin tahun ini
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

KUALA LUMPUR 9 Jan. – “Insya-Allah saya akan kahwin tahun ini.” Begitu kata ratu irama tradisional Noraniza Idris, 39, pada pertemuan eksklusif dengan Utusan Malaysia hari ini.

Noraniza mengaku akan menamatkan zaman jandanya dengan seorang pegawai kanan tentera berusia awal 50-an.

Penyanyi yang juga Pengurus Taman Mini Malaysia, Air Keroh, Melaka itu, sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Fareez atau nama sebenarnya Mohd. Fauzi Tajuddin, 44.

Bagaimanapun perkahwinan yang dibina pada 31 Mac 1988 itu berakhir dengan perceraian pada 7 April tahun lalu.

Hasil daripada perkahwinan itu Noraniza dikurniakan dua orang anak iaitu Mohd. Alif Haikal, 18, dan Mohd. Alfeq Haikal, 14.

Menurut Noraniza, perkenalannya dengan pegawai yang dipanggilnya abang itu, bermula sejak Julai tahun lalu.

Bagaimanapun hubungan mereka menjadi semakin rapat selepas sebulan berkenalan dan Noraniza juga telah bertemu dengan keluarga teman lelakinya itu pada Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

“Alhamdulillah keluarganya menerima saya seadanya,” kata Noraniza tentang hubungan dengan bakal suaminya, seorang duda sejak empat tahun dan mempunyai tiga orang anak.

“Saya mula terbuka hati untuk menerima abang sebagai teman istimewa kerana sifatnya yang berterus terang.

“Sebelum ini memang ada yang ingin berkawan dengan saya tapi hati ini belum terbuka. Dengan abang, saya rasa selesa,” katanya sambil tersenyum.

Sementara itu, Noraniza turut mendoakan kebahagiaan bekas suaminya yang telah pun bertunang dua minggu lalu.

Katanya, kalau itu pilihan Fareez, dia turut mendoakan kebahagiaan bapa kepada anak-anaknya itu.





Article cited from Utusan Online

7 Comments:

Anonymous Anonymous said...

tahniah buat kak ani, smoga perkahwinan kali ke dua ni akan berkekalan hendaknya.

tahniah gak buat abg fareez......

7:47 am  
Anonymous Anonymous said...

tahniah kpd kak ani... juga kpd mr fareez...

wow..these ppl move on really quick...

7:54 am  
Blogger puteri nad said...

huhuuhh..
cepatnye dia berjumpa "abang"
kalu ko dijempot ihab..akupon nak ikut boleh? bolehhh la ekk..

1:23 pm  
Anonymous Anonymous said...

الف مبروك اكو كاتاكن بوات كاك عنّي

كو بيلا للك؟

8:00 am  
Blogger puteri nad said...

ох ихаб далам маса тердекат гамакнер

3:24 pm  
Blogger DaRk AnGeL said...

ayoo.. tak erti la pulak nak tulis bhs lain.. nasib lah..

but hey, your idol here is a very strong woman~! she really moves on and i'll pray all the best for her...

9:53 am  
Blogger Mohammad Ihab Ismail said...

Salam All!!

Thanx for the visit!!
Yerp yerp!! Aku pon harap yg kali ni menjadi...
Then again, jodoh temu segala di tangan Tuhan ;)
We'll never know...
But we pray to GOD for the BEST and ONLY THE BEST :D


SYAFIQ
Lama tak nampak hang, dik!!
Hahaha... Mana menghilang??!
Check entry terbaru... Nak tahu pendapat ko sebagai peminat setia CT ;)


YASMIN
Not all people take as long as u to find somebody special haha...
AND DEFINITELY NOT MANY TAKE AS LONG AS I DOOOOO!!! hahahaha


PUTERI
Boleh jua itot!!
Tapi aku pon harap2 dia tak buat before aku balik...
Nak attend la Zawaj dia ;)

Err Nadhrah - penulisan bahasa Ukraine adalah diharamkan di sini kerana kurang nilai2 estetika pendidikan kepada umum hahaha...


FAIZ BAHERIN
AMAT TERUJA aku nengok ko RAJIN BABENG type pakai keyboard Arab skang...
Apa... Tak rasa susah ke menaip ngan keyboard yg lain dari biasa??


& lastly SYIFA
Wow... Countdown lagi 5 hari pon sempat lagi jenguk2 sini yer?? haha...
Yeah i know... She really is strong isnt she...
But i think u r even stronger - considering ya love life yang FULL with dramas hehe ;)

Anyhow - jgn terjebak ngan penyakit character-asing ini...
Kurang nilai estetika pemakluman informasi yg baik haha...


OK Guys!! Salamzzzz

1:48 am  

Post a Comment

<< Home