My Photo
Name:
Location: 41 Frobisher, London, United Kingdom

01 December 2006

Dayung Sampan

Darn!! I'm having an exam in a week time & thinking of not to update the blog till post-exam, but this is just so IRRESISTABLE!! Today when I woke up in the morning, I surfed the mANIra forum just to find out about the release of Noraniza's latest Video Clip on the YouTube!! :: Special Thanx to Al-Amin Ismail :: It seems like Lenggok Noraniza Idris is on its way to meet us SOON ENOUGH!! How I've been longing for this moment to come!!

I hereby present to you:




Dayung Sampan
Singer: NORANIZA IDRIS
Erhu played by: HE YUN
Sound Engineer: PETER CHOONG
Album: LENGGOK NORANIZA IDRIS
Production: NORANIZA IDRIS
Studio: KING’S STUDIO, PJ, SELANGOR
Release: GERAK BUDAYA & FIRM RECORDS
Distribution: LIFE RECORDS





Article quoted from Utusan Online


Dayung Sampan temukan Noraniza dan pemain erhu dari China
Oleh WANDA IDRIS

LAGU Dayung Sampan merupakan antara lagu rakyat yang popular dan diminati bukan sahaja oleh masyarakat Melayu tetapi juga kaum Cina.

Justeru, lagu itu menjadi pilihan syarikat rakaman Life Records untuk menemukan penyanyi pop etnik, Noraniza Idris dengan seorang pemain erhu popular China, He Yun.

Diberi sentuhan baru oleh Liu Ying, seorang komposer dari Hebie, China, Dayung Sampan versi terbaru dendangan Noraniza lebih mendayu dengan iringan irama erhu.

Mega berkesempatan menyaksikan rakaman lagu rakyat itu di King’s Studio, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Dikendalikan oleh jurutera bunyi, Peter Choong, rakaman irama erhu dilakukan terlebih dahulu sebelum memasukkan vokal.

“Lenggok iramanya mudah. Cuma susunan muzik barunya lebih moden dan ringkas membuatkan Kak Ani perlu mewarnakan lagu itu,” kata Noraniza.

Malah katanya, mood lagu banyak dipengaruhi elemen Cina (dari Tanah Besar) apabila disertai alunan instrumen Erhu.

“Jadi Kak Ani perlu bermain dengan vokal Kak Ani. Oleh kerana suara Kak Ani husky, jadi agak sukar melenggokkannya di bulan puasa ini sebab Kak Ani sepatutnya perlu banyak minum air.

“Tapi kerana sedang menjalani ibadah puasa, jadi Kak Ani perlulah mengawal suara,” katanya yang mesra menggelarkan dirinya Kak Ani.

He Yun yang manis berkebaya nyonya merah turut mengakui tidak sukar memainkan lagu itu kerana telah mendengarnya sejak kecil malah pernah memainkan lagu tersebut ketika mengadakan persembahan.

Bagaimanapun, He Yun, 29, yang belajar erhu daripada ayahnya sejak berumur lapan tahun memberitahu tidak pernah mengenali Noraniza.

Bagaimanapun saya seronok dapat berkolaborasi dengan penyanyi yang terkenal dengan irama tradisional itu apalagi saya semakin menyukai irama tersebut sejak mengenalinya dua tahun lalu,” katanya yang pertama kali menjejakkan kaki ke negara ini.

Dayung Sampan akan turut dimuatkan dalam album He Yun dan dijangka turut dipasarkan ke China.

“Semoga lagu ini akan menjadi laluan kepada muzik tradisional Melayu untuk sampai ke China. Saya optimis lagu tradisional kita mudah mendapat perhatian di sana kerana mereka menyukainya.

“Ini kerana saya pernah ke wilayah Guangzou Ogos lalu kerana mengadakan pertunjukan bersama Badan Pelancongan di sana dan sambutannya menggalakkan,” ujar Noraniza.

Lagu Dayung Sampan merupakan lagu bonus yang akan dimuatkan dalam album kompilasi terbaru, Lenggok Noraniza Idris.

Memuatkan tujuh lagu baru dan lama, kata Noraniza, lima lagu yang turut dimuatkan adalah lagu interlude.

Antara lagu-lagu itu sudah pun memulakan pembikinannya Februari lalu ialah Racau Sang Khalifah selain rakaman versi baru lagu Tandang Bermadah, Ayuh Juragan dan Mengemis Rindu.

Turut dimuatkan ialah rakaman lagu baru ciptaan Mohar iaitu Asyik Bisikan dan Hubah serta sebuah lagu daripada Adnan Abu Hassan.

Album tersebut akan dipasarkan selepas Raya nanti.








Interview by Melodi 8th October 2006



p/s: Can't wait to get my hand on the album!! Atiku Ora Tahan!!

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Nice stuff!
Good luck with your exam.

11:34 pm  
Anonymous Anonymous said...

ngeeeeeeee.... sukanyer lagu nih... hari tuh gi youtube org blum ltk lagi..skrang dah ltk eh? hohoyeah~~~

3:27 pm  
Blogger Ahada Aihara said...

Ihab nice song...

nway thnx 4 d' wish...

so now tgh exam hour la ni???

all d' best & gud luck!!!

1:39 pm  
Blogger DaRk AnGeL said...

nice nice song~!

this colaboration between both is kinda unik.. between china and irama malaysia~ mcm unik lah~

ni pesanan utk ihab~hazlyn kem salam byk2 2u. dia busy kerja sekarang ni and got no time to bloghop sgt. she send her warmest regards to you~

5:03 pm  
Blogger Mohammad Ihab Ismail said...

Salam All!!

YAHOOOO!!! EXAM DAH HABIS!!!
Bleh meronda2 kembali lepas ni miehehe...

Soalan pertama before mengarut lelebey...
Who's THE ADVISER??!!
But thanx for ya wish anyway, adviser hehe...


Cik Min
Terus melayan ini lagu!! ;)
Lagu nyer simple... Jadi sesape pon bley nyanyi!!
Jom nyanyi ramai-ramai...
DAYUUUNG SAMPAAAANNNN... Dayung Dayung SAMPANNNNNNNNN...


Ahada
Exam hour dah habis...
Now PARTY HOUR!! Hohoyeahhhh...


Syifa
Baru nak sambut her regard seWARM WARM nyer, tetiba Lyn MUNCUL JUA DI SINI!!! hahaha...
But Syifa... Liked the fact that u enjoyed it...
For me personally, lagu ni biasa je...
Takde apa yg luar biasa...
Cuma yg buat jadi excited sbb dah lama menunggu Kak Ani bawak kuar lagu baru dia!!
AKHIRNYAAAA!! YEEEHHHHAAAAAAA hahaha...


& lastly Lyn yg cuba membabab pada tempoh hari...
Walaupon aku tak paham kejadahnya babab itu haha...
Wahhh... Masyuk u ke sini tanda apa??
Tanda rindu kat i ke?? hahaha...

Lyn!! Org dah habis exam!!
Lepas ni kalo nampak org online, sila BUZZZ :D

Aritu Zoom In Kak Ani kuar lagi??
Wahh??!?! Ulang tayang sempena apakah itu??!! :P
Camne daku di tv... Ada encem tak cik Lyn??!
Kalo dikau tak kenali daku, bley jatuh chenta tak??! Hahahahaha...

SORRY laa LYN!!! Merapu terlebih ni tanda EXCITED HABISSSS lepas beban exam miehehe...
Wokey wokey... Hingga ketemu lagi y'all ;)

6:10 pm  
Anonymous Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now. Keep it up!
And according to this article, I totally agree with your opinion, but only this time! :)

8:34 pm  

Post a Comment

<< Home