Aniza N Ihab

My Photo
Name:
Location: 41 Frobisher, London, United Kingdom

13 July 2007

The Long Awaited Moment..




Menghitung hari..
Detik demi detik..


09 July 2007

Kak Ani Takkan Melatah~

Noraniza Idris clarifies her situation in an interview by Melodi crews regarding the latest 'fitnah' upon her which has been wildly circulating in the cyber world







This interview was arranged to slam back upon the gossip that her relationship with Mr X has recently ended


Harian Metro 17 June 07

TERSENTUH hati CAK mendengar perkhabaran terbaru Noraniza Idris. Pejuang irama Melayu ini enggan lagi menyandar harapan terhadap mana-mana lelaki.

Fokusnya kini hanya kerjaya dan anak. Soal mendirikan rumah tangga tidak penting lagi. Apa sudah jadi?

Seingat CAK, penyanyi yang mesra dengan panggilan Kak Ani ini pernah mengaku rapat dengan seseorang. Malah kisah ini menjadi buah mulut orang ramai tidak lama dulu, lebih-lebih lagi apabila ia disensasikan media.

Melalui seorang teman, CAK dapat tahu hubungan mesra Kak Ani dan jejaka pilihannya sudah berakhir. Kak Ani yang tarik diri kononnya gara-gara tidak tahan dikongkong.

Belum ada apa-apa lagi, sudah meletakkan syarat jangan buat itu, jangan buat ini. Sekali dua tidak mengapa, tapi jika keterlaluan siapa yang tahan?

Sabarlah Kak Ani! CAK percaya, Kak Ani tahu apa yang terbaik buat diri Kak Ani dan anak. Sudah pasti keputusan itu diambil selepas memikirkannya berkali-kali.

Sebagai pemerhati, CAK sentiasa mendoakan Kak Ani hidup dengan tenang dan bahagia. Anggaplah apa yang Kak Ani lalui sebagai satu lagi dugaan.

07 July 2007

Info Terkini Lagi Sensasi~

Petikan Berita Harian: 7/7/7



SELAMA 21 tahun bergelar artis, tidak pernah dia melatah atau menjerit marah apabila berita tidak benar mengenai dirinya dimainkan media. Biarpun dijentik, diasak pelbagai persoalan yang mengguris perasaan semua kelukaan itu hanya terpendam dan terdasar jauh di sudut hatinya.

Biarpun sesetengah laporan cuba menguji kesabarannya, dia masih mampu memaafkan pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Baginya, itu adalah asam garam yang mahu atau tidak terpaksa juga ditempuhinya.

Malah, bibirnya tidak lekang berterima kasih kepada pihak media juga peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan hidupnya. Apatah lagi selepas menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, Noraniza Idris akur gerak gerinya sentiasa menjadi perhatian.



Akuinya, sebelum ini dia begitu terbuka untuk bercerita mengenai isu peribadi dengan pihak media. Dia sedar masyarakat di luar ingin sekali mengetahui siapa lelaki bertuah yang berjaya memenangi hatinya selepas rumah tangga yang dibina bersama Fareez runtuh pada 4 Mei tahun lalu.

Noraniza tidak pernah berahsia. Secara terbuka, dia mengakui hatinya dimiliki seorang pegawai kanan tentera berusia 51 tahun. Malah, hubungan rapat mereka juga direstui keluarga masing-masing.

Namun, dalam keterbukaan masih ada yang dirahsiakan penyanyi dari Johor itu. Noraniza tidak pernah mendedahkan nama lelaki yang bertakhta di hatinya membuatkan pihak media tidak jemu untuk mencungkil identiti insan bertuah itu.

Langsung tidak terbit kenyataan daripada bibirnya. Tetapi, tidak pula dia menyangka dalam diam ada tulisan yang seolah-olah mahu mencabar dirinya. Menulis sewenang-wenangnya tanpa terlebih dulu bertanya kebenarannya, membuatkan hati Noraniza begitu terhiris.



“Pernah dulu ada tulisan yang menjejaskan maruah namun Ani masih bertahan. Masih mampu memaafkan orang yang berbuat salah itu. Tetapi apabila ada tulisan yang cuba menjejaskan nama baik keluarga, juga maruah orang yang dikaitkan dengan Ani, Ani tidak boleh bersabar lagi.

“Apa yang membuat Ani kecewa orang luar lebih tahu apa yang berlaku daripada Ani sendiri. Sebelum ini Ani berdiam diri bukan kerana takut bertindak. Ani cuma tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Tetapi apabila ada tulisan yang cuba menjatuhkan reputasi serta nama baik, malah tumpuan Ani terhadap kerjaya juga terganggu, Ani terpaksa ke depan.

“Ani tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika ada lagi tulisan keterlaluan,” kata Noraniza yang akrab membahasakan dirinya sebagai Ani sedikit kesal dengan laporan akhbar yang cuba menjatuhkan nama baiknya.



Pinta Ani, pena tajam yang ada di tangan media jangan disalahgunakan. Selidiki dulu kebenaran sesuatu cerita yang disampaikan. Jangan menulis membuta tuli dan akhirnya tempias dan bahang gosip itu terpaksa ditanggungnya sendirian.

Dulu apa saja kritikan atau cerita negatif mengenai Ani ditulis, Ani ada suami untuk berkongsi kesedihan. Tetapi sekarang Ani sendirian, menjalani hidup sebagai ibu tunggal yang mencari rezeki untuk menyara diri dan dua anak.

“Menulis gosip juga kena ingat. Kerana tulisan yang tidak benar hubungan suami isteri berpecah belah. Pasangan yang ingin merujuk, langsung terputus hubungan. Malah, menimbulkan salah faham dengan mereka yang menjadi teman

“Kenapa pula orang luar yang ingin tentukan masa depan dan kehidupan peribadi Ani? Tahukah mereka tiada hak untuk menentukan hidup Ani. Ani sudah senior dalam bidang seni, sudah tidak perlu lagi kontroversi murahan seperti ini untuk popular,” katanya merujuk tulisan menyatakan hubungannya dengan lelaki itu sudah berakhir, baru-baru ini.

Ada ketikanya Noraniza sendiri kurang mengerti mengapa cerita peribadinya kerap dijadikan sendaan. Apakah kerana statusnya sebagai ibu tunggal membenarkan masyarakat di luar membuat andaian melulu?



Kata penyanyi yang masyhur dengan lagu irama tradisional itu, meskipun dia bebas untuk mencorakkan hidupnya sejak kembali sendiri masih ada batasan yang dipatuhinya. Dia akur tidak hanya membawa namanya apabila sepasang kakinya melangkah, sebaliknya dia masih punya keluarga dan dua anak yang perlu dipelihara.

“Selepas ini, apa saja yang berlaku biar Ani simpan sendiri. Biar Ani saja yang merasainya. Ani tidak mahu maruah Ani diperkotak-katikkan lagi. Ani masih ada perikemanusiaan dan kerana itu, Ani berharap pihak media jangan lagi mendengar cerita daripada pihak lain.

“Mereka harus ingat diam tidak semestinya Ani suka atau menyetujui apa yang ditulis,” katanya.


Dalam keadaan diasak hingga memberinya tekanan, malah tumpuan terhadap perniagaan juga sedikit terganggu, penyanyi yang popular dengan lagu Awallah Dondang dan Dikir Puteri bersyukur kerana keluarga masih teguh berdiri di belakangnya.

Dua anak lelakinya mengerti beban perasaan yang terpaksa ditanggungnya. Malah, dalam keadaan bersedih serta terkilan, anaknya masih setia di sisi untuk memujuk dan mententeramkan perasaannya.

“Syukur kerana dalam keadaan terduduk, mereka memujuk dan mententeramkan perasaan. Ani berkongsi apa saja dengan mereka, malah kedua-dua anak Ani itu seperti kawan. Merekalah nyawa Ani ketika ini,” katanya mengenai dua anak lelakinya, Mohd Alif Haikal, 17, serta Mohd Alfeq Haikal, 13.




Barangkali semua persoalan itu akan terlerai apabila mereka berdua disatukan? Sengaja persoalan itu diajukan. Segera Noraniza memintas, agenda perkahwinan masih belum ada dalam diari hidupnya lantaran dirinya yang sibuk dengan pelbagai urusan.

Jadual Ani penuh hingga hujung tahun kerana saya mensasarkan untuk mengasaskan sebuah bengkel yang menggabungkan entiti kesihatan, budaya dan ilmiah, seterusnya dilanjutkan dalam bentuk penerbitan cakera padat dan video cakera padat (VCD).

“Semua itu memerlukan kajian yang teliti dan selepas itu, Ani juga sibuk dengan pembikinan album baru berkonsepkan revival. Awal tahun depan pula album irama global terbaru Ani akan menemui pasaran.

“Jadi soal jodoh itu masih belum Ani fikirkan lagi. Andai nanti Tuhan membukakan pintu hati, Insya-Allah Ani akan kembali bergelar isteri. Bila dan masanya, hanya Allah yang mempunyai jawapan itu,” katanya.





INFO:
DIA mendirikan rumah tangga kira-kira 18 tahun lalu dengan Mohd Fauzi Tajuddin (Fareez), 42, dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki. Pasangan ini bagaimanapun, bercerai apabila Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengesahkannya pada 4 Mei 2006.

AWAL tahun ini penyanyi itu membuat pengakuan hatinya sudah dimiliki. Lelaki istimewa itu adalah seorang pegawai kanan tentera berusia 51 tahun. Ketika itu lelaki berkenaan berada di luar negara kerana mengikuti kursus.

NORANIZA berkata, dia menyenangi perwatakan lelaki yang mula dikenalinya sejak Julai 2006. Namun, demi menjaga nama, mereka jarang keluar bersama. Biasanya telefon menjadi pengerat hubungan.

NORANIZA juga membuat pengakuan sudah menemui keluarga lelaki itu pada musim Aidiladha yang lalu. Bagaimanapun, hingga ini, mereka belum mengambil kata putus bila akan mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan.


Special thanx to Bro Nasa